Friday, January 13, 2012

Teknik Menguasai Bahasa Arab dengan Berkesan

Ia satu anugerah yang besar jika kita dapat menguasai bahasa arab. Lebih-lebih lagi kita sebagai orang Islam kerana pegangan kita Al-Quran dan Al-Sunnah datang dari bahasa arab. Dengan belajar bahasa arab bukan sahaja kita dapat bertutur dengan masyarakat arab malah kita juga dapat memahami bacaan di dalam solat dan doa di mana kita akan lebih menjiwai maksudnya dan menghasilkan kusyuk dalam setip solat.

Saya pasti ramai di kalangan pembaca ingin menuntut ilmu bahasa arab tetapi tidak tahu bagaimana untuk bermula. Ada yang berkeputusan ke kelas bahasa arab tetapi tidak ada masa kerana sibuk bekerja dan sebagainya.

Kali ini saya akan memberi cadangan bagaimana anda boleh menuntut ilmu bahasa arab dari rumah mengikut jadual anda sendiri. Alternative untuk masalah tiada masa adalah belajar di rumah anda sendiri. Terdapat sebahagian buku bahasa arab di kedai buku yang boleh membantu anda. Dengan meluangkan masa 1-2 jam sehari saya yakin anda akan dapat menguasai bahasa arab dengan mudah. Pilihlah masa yang sesuai tidak kira siang atau petang mengikut kesesuaian anda. Gunakan konsep 'sikit-sikit lama-lama jadi bukit'. Saya yakin anda akan berjaya.

Misi Mempelajari Bahasa Arab?

Sebelum anda buat keputusan untuk menguasai bahasa arab, terlebih dahulu jelaskan kepada diri anda sendiri kenapa anda mahu mempelajarinya. Adakah anda ingin belajar kerana mahu mendalami isi tersirat kitab suci Al-Quran? anda hanya ingin pandai berkomunikasi dalam bahasa arab? atau anda hanya mahu berjaya ujian modul bahasa arab dan sebagainya.

Walau apa pun visi jelaskan pada diri anda dan tanam di dalam hati sedalam-dalamnya supaya anda tidak lupa apakah matlamat anda yang sebenarnya.

Selepas itu catatkan visi anda di dalam kertas kecil kemudian lekatkan di tempat yang anda sentiasa pandang seperti di dalam alamari, meja ofis, di hadapan pintu bilik atau di cermin. Kaedah ini boleh mengingatkan anda daripada anda lupa akan semangat anda untuk belajar. Cara ini juga secara tidak sedar boleh mendidik minda separuh sedar supaya anda berminat untuk belajar bahasa arab.

Hari ini terdapat banyak organisai kerajaan dan bukan kerajaan bersungguh-sungguh mengadakan kelas bahasa arab. Ada juga menjalankan seminar menguasai bahasa arab secara online untuk memudahkan lagi orang yang mahu untuk belajar.

Bahasa Arab itu tidak mudah?

Satu soalan yang sering saya utarakan "belajar bahasa arab itu sukar atau tidak?" dan hampir semua yang memberi jawapan "sukar!". Saya tak merasa terkejut dengan jawapan itu sebab melihat persekitaran keadaan sekarang kita lebih banyak hampir dengan bahasa selain bahasa arab seperti bahasa inggeris.

Malah ada orang yang lebih faham bahasa korea daripada bahasa inggeris dan arab lebih-lebih lagi pada usia remaja. Keadaan ini terjadi sebab mereka lebih banyak dekat dengan bahasa korea sebab filem dan rancangan televisyen korea di minati oleh golongan remaja.

Jadi apakah rahsia untuk menarik kita untuk minat bahasa arab. Jawapannya adalah beri pendekatan pada diri kita kepada penggunaan bahasa arab. Mendengar dan membaca Al-quran dengan kerap adalah satu contoh yang baik. Antara kaedah yang menjadi adalah belajar berseronok dalam bahasa arab seperti melalui lagu dan filem arab. Cara ini akan menarik kita lebih suka untuk belajar bahasa arab kerana manusia memang suka berhibur.

Lebih lama anda dedahkan diri lebih mendalam perasaan anda untuk menguasai bahasa arab. Saya harap rahsia ini dapat membantu anda untuk menghayati bahasa arab dengan lebih mudah.Link